"The Arrivals" Bahagian 5 : Senibina dan Tenaga
Assalamualaikum cucu-cucu atuk sekalian, sebelum terlewat
kiranya atuk mengucapkan selamat hari raya qurban kepada semua cucu atuk yang
beragama Islam.sekian lama atuk tidak menulis disebabkan kesibukan ketika
lebaran, kini atuk akan menghadiahkan cucu semua siri terbaru untuk cucu semua.
Kali ini atuk akan menghuraikan mengenai SENIBINA dan
TENAGA. apakah hubungan kedua-dua bahan tersebut.?? apakah kaitan dengan asas
kemunculan dajal.?? dan bagaimanakah senibina sesuatu banggunan mempengaruhi
tenaga.??
semua akan atuk jawab dalam siri ini....
wahai cucu atuk yang atuk sayangi, adakah cucu semua
terfikir mengapakah sesuatu binaan terbina dalam keadaan sebegitu rupa..?
sebelum cucu memikirkan persoalan tersebut, cucu perlu
memahami terlabih dahulu tentang konsep TENAGA.
Untuk pengetahuan cucu sekalian, terdapat beberapa senibina
monumen dibina dan dirancang secara khusus berfungsi untuk menyalurkan tenaga.
mungkin cucu tidak mempercayai apa yang atuk cakapkan, terserah kepada cucu
untuk menilai apa yang atuk cakapkan ini dengan terus membaca siri ini...
Hubungan antara senibina dan penyaluran tenaga tidak akan
berhasil jika tiada cucu semua.!!
Hal ini disebabkan oleh apakah jenis aktiviti dan perlakuan yang
dilakukan didalam banggunan atau monumen tersebut. Pelakuan atau aktiviti yang
berlaku akan mempengaruhi jenis tenaga yang akan disalurkan. Sama seperti yang
ada di dunia ini, tenaga itu dapat digunakan untuk tujuan baik (positif), atau
tujuan jahat (negatif).
Cucu atuk sekalian...setelah cucu memahami konsep dan
hubungan antara penyaluran tenaga dengan senibina, mari atuk soalkan kepada
cucu semua rekabentuk atau senibina bagaimanakah yang paling berkesan dalam
penyaluran tenaga..??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
adakah cucu dapat memikirkan rekabentuk tersebut..??? belum
lagi..??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
baiklah..atuk akan menceritakan tentang senibina dan
rekabentuk yang paling berkesan dalam penyaluran tenaga...antaranya ialah:-
PIRAMID
OKTAGON
KUBAH
ketiga-tiga senibina ini merupakan rekabentuk yang paling
hebat dan berkesan untuk menyalurkan tenaga.
sebagai contoh, masjid, gereja dan sinagong dibina bertujuan
untuk menyalurkan tenaga positif..golongan pemuja Iblis dan Dajal pula membangunkan
senibina untuk menyalurkan tenaga jahat.
contoh: white house
untuk pengetahuan cucu lagi, Dajal tidak dapat muncul
sehinggalah tenaga di seluruh dunia tidak berada pada tahap tertentu (negatif).
kebanyakkan bangunan pada masa kini telah menerapkan ketiga-tiga senibina
diatas dalam pembinaan bangunan yang didirikan. Hal ini bertujuan untuk
menyalurkan tenaga yang dihasilkan kepada sesiapa di dalam bangunan tersebut.
Ini merupakan satu fakta yang atuk ingin kongsi tentang
Menara Burj, Dubai. Ia merupakan diantara menara pencakar langit tertinggi di
dunia. Semenjak ketinggian menara ini melepasi 2,300 kaki, Dubai hampir menjadi
sebuah negara yang sentiasa berkabus. Pada masa kini, ketinggian bangunan
tersebut bertambah sekitar 2,950 kaki.Dubai dahulunya merupakan sebuah kawasan
yang mejoritinya adalah gurun, namun kini kawasan tersebut menjadi agak
berkabus. Cucu semua jangan berasa hairan kerana ahli meteorologi juga tidak
dapat menemui pertalian kepada hal ini.
Adakah cucu terfikir apakah yang akan terjadi kepada kota
ini apabila binaan tersebut dibina di tengah-tengah kota tersebut.??
Banguna tersebut akan memanfaatkan tenaga di sekitarnya.
Bangunan dan senibina tersebut hanya mampu memanfaatkan
tenaga daripada makhluk hidup sahaja. senibina ini terdapat di sekitar cucu
semua...
Wahai cucu atuk, jika cucu semua melakukan kajian sendiri,
cucu akan dapati kebanyakan monumen penting dunia dibina di atas pertembungan
garis silang "LEY LINES".
Ley Lines membongkar titik strategik tenaga di dunia. Apabila
geometri garis silang yang dianggap kudus dan senibina diseragamkan, maka
"GERBANG BINTANG" (Stargate) akan terhasil.Hal ini memungkinkan pintu
ke dimensi lain akan bertembung dan terbuka.
*lambang israel
Bintang ini mewakili persimpangan ke dunia lain. Dalam kes
ZIONIS, ia mewakili persimpangan syaitan.
*tugu menara tajam (mesir, brazil, jerman, washinton,
vatican)
Tugu menara tajam juga adalah binaan jahat yang menyerlahkan
sifat struktur Firaun. Ia dapat ditemui di sekitar cucu semua..
Semua bukti ini ditinggalkan oleh golongan LUCIFER (pemuja
syaitan), yang merintis jalan untuk DAJAL. Walau bagaimanapun, sekuat mana
mereka berusaham dengan rahmat ALLAH, golongan yang berpedoman akan
menang.Terdapat pelbagai lagi benda di dunia ini selain apa yang disuapkan di
TV.
Sila cucu perhatikan di sekeliling >>>>>>
Sekian sahaja dari atuk untuk kali ini..mungkin siri ini
agak menduga tahap kepercayaan cucu semua dengan apa yang atuk khabarkan dalam
siri ini, namun jika cucu semua amati, perkara ini adalah benar berlaku di
sekeliling kita. Ini adalah agenda golongan yang menunggu ketibaan DAJAL.
sekian dari atuk untuk kali ini..wassalam :-)