Khamis, 9 Ogos 2012

"The Arrivals" Bahagian 3: Kawalan Minda

Kawalan Minda

Assalamualaikum semua..atuk harap cucu semua dalam keadaan sihat belaka...

Kali ini atuk ingin menceritakan mengenai satu kaedah kawalan minda yang telah berkesan mempengaruhi minda masyarakat malah tidak terlepas juga cucu-cucu atuk sendiri..Atuk tidak memaksa cucu semua mempercayai apa yang atuk ingin sampaikan kepada cucu semua. Atuk cuma inginkan cucu semua berfikir adakah apa yang atuk ceritakan ini benar-benar berlaku dalam kehidupan kita seharian..Biar cucu sendiri yang tentukan jawapannya..

Atuk ingin memulakan tajuk ini dengan satu soalan...apakah cara yang paling cekap dan berkesan untuk mengawal DUNIA..??

Jawapannya ialah dua perkataan sahaja....

Mengawal Minda

"...anda mungkin perasan yang saya tidak menghayati tentang perang tersebut sebagaimana kita diberitahu supaya kita menghayati perang itu dn sebagaimana kita "diarahkan" oleh kerajaan AMERIKA supaya percaya pada perang itu...Anda lihat..Saya beritahu anda...Minda saya tidak bekerja dengan cara itu...Saya ada cara "bodoh" saya sendiri yang saya panggil "BERFIKIR"...Saya bukan warganegara AMERIKA yang baik kerana saya ikut fikiran sendiri...Saya tidak percaya bulat-bulat apa yang diberitahu kepada saya...Sedih sungguh kerana kebanyakan warga Amerika percaya bulat-bulat atas arahan..tidak bagi saya..!! Saya ada peraturan dalam hidup saya. Peraturan pertama saya : Saya tidak percaya apa pun yang kerajaan beritahu saya..TIADA..!! TIDAK LANGSUNG..!! Saya tidak peduli langsung tentang media dan akhbar negara ini yang mana dalam Perang Teluk, mereka menjadi "budak suruhan" kepada Jabatan Pertahanan dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai pegawai perhubungan awam tidak rasmi kerajaan Amerika. Sekarang untuk seimbangkan suasana, saya akan bercakap tentang hal yang boleh MENYATUKAN kita semua. Hal yang menunjukkan persamaan kita kita buka perbezaan kita. Sebab itulah yang sering didengari di negara ini iaitu "PERBEZAAN". Media dan politik sering bercakap tentang perbezaan antara satu sama lain yang dapat memisahkan kita. Inilah cara golongan pemerintah beroprasi dalam masyarakat iaitu dengan cara memecah belahkan masyarakat. Mereka biarkan golongan rendah dan sederhana bergasak sesama sendiri dan mereka dari golongan kaya boleh membolot semua kekayaan...Rancangan yang mudah..!! Sudah banyak kali berjaya..Anda tahu, semua jenis perbezaan yang mereka tekankan seperti KAUM, AGAMA, ETNIK, LATAR BELAKANG, BANGSA, PEKERJAAN, PENDAPATAN, TARAF SOSIAL, JANTINA, dan apa saja yang boleh mereka mainkan sebagai isu akan menjadikan kita bergasak sesama sendiri supaya merekatetap boleh ke bank. Anda tahu bagaimana saya tafsirkan keadaan ekonomi dan sosial negara ini..?? Golongan atasan membolot semua kekayaan, tidak membayar apa cukai...Golongan pertengahan membayar cukai, buat semua kerja...Golongan miskin digunakan untuk menakutkan goglongan pertengahan supaya berterusan membuat kerja mereka dengan bersungguh-sungguh....Ini perkara yang digunakan kepada anda..politik bersembunyi di belakang 3 perkara..BENDERA, KITAB DAN KANAK-KANAK..mengapa kanak-kanak turut terlibat dalam agenda ini..? Hal ini disebabkan kanak-kanak memerlukan pendidikan. Alasan bahawa pendidikan membebalkan merupakan alasan yang tidak pernah dan tidak akan boleh memperbaiki. Tidak akan jadi lebih baik, jangan cari, gembiralah dengan apa yang anda ada...Saya akan dedahkan pemilik sebenar negara ini, golongan besar dan kaya pemilik sebenar, golongan peniaga kaya yang berkepentingan dan mengawal dasar-dasar penting. Lupakan politik, mereka tidak relevan...Politik diletakkan disitu supaya anda merasa yang anda ada kebebasan MEMILIH...anda tidak, anda tiada pilihan..anda ada pemilik dan mereka memiliki anda...mereka memiliki tanah yang luas...memiliki koprat..mereka sudah lama "membeli" senat kongres, mereka memiliki hakim-hakim dibawah telunjuk mereka dan mereka memiliki semua syarikat media..jadi mereka boleh mengawal apa sahaja berita yang anda dengan..mereka memperbodohkan anda..!! Mereka tidak mahu masyarakat kita berfikiran kritikal..mereka tidak mahu bijak pandai yang berfikir kritis..mereka tidak berminat hal itu..itu tidak membantu mereka dan itu berlawan dengan mereka...mereka tidak mahu ada orang bijak pandai yang duduk berfikir betapa teruknya mereka tertipu dengan sistem yang menjerumuskan mereka 30 tahun dulu..mereka tidak mahu semua itu..mereka mahu pekerja yang patuh dan taat..orang yang pandai mengendalikan mesin dan membuat kertas kerja dan begitu bebal menentang beban kerja yang bertambah dengan upah yang sedikit dan masa kerja yang panjang...Mereka sedang memiliki tempat ini...Ia merupakan kelab yang besar dan anda tidak tersenarai didalamnya...

Cucu-cuc atuk sekalian, berikut merupakan kata-kata yang dinyatakan pada tahun 1991, dan sesiapa pun berani akui bahawa Mr Carlin (1973-2008) telah berbicara tentang masa kini. Adakah cucu fahami apa yang diperkatakan oleh beliau..?? Adakah hal ini menggambarkan tentang hal di negara kita sekarang..?? Simpan jawapan itu dalam kotak fikiran cucu-cucu sekalian dan ambil ikhtibar dengannya..

Ini merupakah kata-kata David Icke-Penulis Hal Konspirasi Dunia...atuk harap cucu faham apa yang beliau sampaikan..


"..formula terbaik dalam menjajah ialah bila anda fikir anda bebas....padahal pada asasnya anda telah dimanipulasi dan dijajah...satu bentuk penjajahan ialah anda terpenjara lalu anda dapat melihat dan menyentuh jeriji dan satu lagi bentuk ialah anda tidak dapat melihat jeriji dan anda fikir anda bebas...apa yang diseksa oleh umat manusia ialah PEMUKAUAN BESAR-BESARAN (hipnopsis massa)...kita telah terpukau oleh manusia seperti ini...>>


...pembaca berita, ahli politik, guru, pensyarah...kita berada di negara dan dunia ditadbir oleh orang "gila" dasyat..jurang antara apa yang berlaku dan yang diberitakan adalah sangat besar...ahli PUKAU yang paling besar di dunia ialah berbentuk kotak di sudut kamar..ia berterusan memberitahu apa yang kita patut percaya adalah kenyataan..."

Adakah cucu semua mengerti apa yang dimaksudkan sebagai "ahli pukau" tersebut..?? jawapanya ialah TELEVISION...

Sejarah membuktikan bahawa kawalan dan manipulasi pandangan polotik menjadi senjata utama puak FREEMASON untuk mengawal negara-negara. Setelah mereka dapat mengawal dan menjajah ketua-ketua negara, undang-undang dan struktur politik, mereka akan mengubah kesemua itu mengikut kepentingan agenda mereka. Walau bagaimanapun, mengikat tubuh tidak bermakna mengikat minda. Puak FREEMASON mengetahui bahawa rancangan mereka menuju pemerintahan global sangat bergantung dengan menyerap fikiran masyarakat ke dalam agenda mereka. Dengan cara demikian akan melanyapkan musuh yang cuba memerangi mereka.

Untuk pengatahuan cucu-cucu sekalian, ancaman paling besar bagi mereka melebihi ancaman tentera dan undang-undang ialah ancaman daripada minda yang bebas. Bagi menghapuskan ancaman ini dan mencapai objektif mereka, FREEMASON telah menjalankan rancangan mereka yang paling licik meliputi kawalan menyeluruh ke atas semua aspek kehidupan umat manusia malah hidup cucu-cucu juga...
Senjata yang mereka gunakan terhadap cucu semua ada di rumah cucu sendiri yang menjadi penghibur cucu semua. Ia beransur-ansur menjajah cucu semua tanpa disedari...






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Adakah cucu semua memahami turutan gambar diatas..?? Adakah cucu semua memahami bagaimana "mereka" mengawal minda kita..??

Sekian sahaja dari atuk untuk siri kali ini...InsyaAllah nanti akan atuk sambung  bercerita tentang hal ini lagi.. Salam untuk semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan