Rabu, 8 Ogos 2012

"The Arrivals" Bahagian 1: Asas Kedatangan Dajal



Asas Kedatangan Dajal

Assalamualaikum cucu-cucu atuk sekalian..atuk doakan cucu atuk semua sihat sejahtera hendaknya.

Kali ini atuk akan menceritakan tentang asas kedatangan Dajal menurut bukti dari kitab suci Al-Quran.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

"Iblis berkata: wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya"
   -Surah Al-Hijr : 39-
"kecuali hamba-hamba yang Engkau beri petunjuk di antara mereka"
   -Surah Al-Hijr : 40-

Sejak bermulanya ikrar Iblis tersebut, maka permusuhan iblis dengan manusia pun tercetuslah sejak hari itu...
Adakah cucu atuk semua tahu berapa ramai umat manusia yang telah disucikan dengan belas kasih daripada Allah..dan berapa ramaikah pula umat yang menghambakan hidupnya untuk melayani rancangan jahat Iblis..?

Untuk cucu-cucu atuk semua, sila fahamkan ayat ini...

"Mereka membelakangkan kitab Allah dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman..."
"Padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada kedua malaikat Harut dan Marut di negeri Babil (Babylon)..."
"Sedangkan mereka berdua tidak mengajarkan seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata : Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk ujian imanmu), oleh itu janganlah kamu menjadi kafir (dengan mempelajarinya)..."
"Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan seorang isterinya..."
 "Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.."
"dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.."
"Demi sesungguhnya amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir kalau mereka mengetahuinya..."
   -Surah Al-Baqarah : 102-

Jadi cucu atuk sekalian, apa yang tersirat di sebalik ayat ini..?

Mari atuk ceritakan satu kisah menarik untuk cucu-cucu atuk semau...
20 tahun setelah Jurussalem ditakluk, 'Dome of the Rock' telah dirampas oleh sekelompok pahlawan rahib yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Satria Kuil Sulaiman' atau dikenali sebagai 'Satria Kuil' (Knight Templar). Di Jerussalem, para Satria Kuil mulai menyimpang jauh dari agama mereka.


Mereka belajar seni rahsia Kabalah, sejenis kepercayaan Yahudi kuno dalam bentuk sihir berserta ilmu hitam dan upacara ritualnya (penyembahan). Orang Yahudi telah mempelajari ilmu ini dari berhala Mesir kuno semasa zaman perhambaan Firaun dan dikembangkan oleh mereka di Babylon pada pemerintahan Nebukadnezar.

Kabbalah

Nebukadnezar.


Cucu-cucu atuk sekalian, pada tahun 1370, Raja Philip dari Perancis telah menangkap mereka kerana menolak agama (antichrist), homoseksual, penyembahan berhala dan mempraktikan ilmu sihir. Walaupun golongan ini telah ditangkap, hal tersebut tidak berhenti di situ sahaja. Untuk pengetahuan cucu-cucu atuk sekalian, amalan yang mereka amalkan di Babylon dan Mesir Kuno masih diamalkan sehingga kini..


"apa yang menjadi taruhan, lebih daripada sebuah negara kecil...ianya satu gagasan besar...ORDER BARU DUNIA!! (NEW WORLD ORDER)"

Sebenarnya cucu-cucu atuk sekalian, "mereka" telah melakukannya selama berabad-abad. Melalui gagasan tersebut, "mereka" telah menggerakkan secara terselindung setiap peperangan besar, revolusi dan krisis ekonomi. "Mereka" mengawal segala yang cucu semua baca, yang cucu semua dengan dan yang cucu lihat.
"Mereka" telah berjaya menjajah minda masyarakat duni dengan cara pemikiran "mereka".
"Mereka" menyusup masuk dan memiliki kedudukan penting dalam kerajaan dan melalui disebalik tabir, mereka telah menjalankan order politik baru, orde ekonomi baru dan yang paling menyeramkan ialah menjalankan AGAMA BARU.

Tarikh pelancaran New World Order

Wahai cucu-cucu atuk yang atuk sayangi..bukti landasan mereka untuk membina dunia baru adalah untuk menyambut kedatangan Dajal semuanya berada di sekitar cucu semua. Mesti cucu semua terkejut mendengar apa yang atuk cakapkan ini kn..?

Siri seterusnya akan atuk ceritakan bukti-buktinya kepada cucu semua..nantikan siri akan datang di blog atuk..InsyaAllah...

Salam Ramadhan untuk semua...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan