Sabtu, 11 Ogos 2012

"The Arrivals" Bahagian 4 : Teknik Kawalan Minda

Assalamualaikum wahai cucu-cucu atok yang atuk sayangi..atuk doakan cucu semua sihat dan sentiasa berbahagia hendaknya..
Pada siri kali ini, atuk akan menyambung tentang siri KAWALAN MINDA seperti yang atuk dh janjikan sebelum ini..
Atuk hendak meminta beribu kamaafan sekiranya siri kali ini akan membuatkan cucu semua tidak selesa kerana siri ini mempunyai unsur 18SX/18SG..
Ini atuk terpaksa masukkan demi menghuraikan bagaimana KAWALAN MINDA yang dilakukan oleh pihak pemuja dajal mempengaruhi hidup manusia supaya lari dari landasan yang benar..

Untuk pengetahuan cucu semua, senjata yang "mereka" gunakan terhadap kita ada di rumah cucu semua. Ia digunakan untuk menghiburkan cucu dan kaum keluarga cucu dan secara beransur-ansur menjajah cucu semua tanpa cucu sedari.

Adakah cucu sedar bahawa masyarakat hari ini lebih banyak menghabiskan masa terlibat dengan media moden, televisyen,wayang gambar,permainan komputer,internet,fiksyen dan muzik. Kesemua ini telah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat kini.

Namun ini memberikan ruang yang luas pada informasi yang cucu ikuti baik secara sedar atau bawah sedar dan telah menyerap masuk ke dalam minda cucu semua. Informasi yang disalurkan kepada masyarakat bermula dari idealisme dan moral serta perbezaan antara yang benar dan yang salah dengan cara masyarakat  dan ekonomi sudah diatur di hadapan cucu semua setiap hari.


Media ini memainkan peranan penting dalam menentukan dasar serta cara seseorang melihat dunia ini dan semua yang wujud. Jadi kelompok yang mengawal informasi yang disalurkan pada media ini akan mempunyai kekuatan secara praktikal untuk menjajah seluruh populasi dunia dengan cara mereka berfikir. Disini atuk dapat simpulkan bahawa "mereka" mengawal dan manjajah masyarakat kita menggunakan media dengan menyalurkan informasi-informasi tertentu agar kita mengikuti segala maklumat tersebut dan menyangka maklumat yang disampaikan itu adalah benar belaka. Melalui kaedah inilah membuatkan FREEMASON menguasai dunia malah cucu-cucu atuk sendiri.

Untuk maklumat cucu atuk semua, puak FREEMASON menggunakan industri hiburan khususnya untuk memujuk masyarakat dengan cara mereka berfikir baik secara terbuka atau tersembunyi. Cara yang mereka gunakan adalah pelbagai, namun tujuannya adalah sama iaitu untuk menyerap kepercayaan, ideologi, dan objektif mereka terhadap cucu semua secara halus hingga cucu semua berfikir bahawa mereka adalah sebahagian daripada cucu semua.


Pasti cucu semua inginkan bukti tentang apa yang atuk cakapkan ini..Buktinya sangat mudah ditemui...

Yang cucu semua perlu lakukan ialah meneliti siapa yang memiliki dan menjalankan media di dunia ini...Cucu akan mengetahui bahawa ianya golongan minoroiti yang sama menjalankan dan bernaung di dalam pertubbuhan rahsia. Adakah cucu semua tahu apakah PERTUBUHAN RAHSIA itu..???


jawapanya ialah...........ZIONIS..LUCIFERIAN (penyembah Iblis)...YAHUDI ASHKENAZI...

Mereka ini memiliki dan menjalankan media muzik, filem, hiburan dan industri porno.Semua itu bertujuan adalah satu iaitu untuk menjajah cucu semua melalui kawalan cara cucu semua berfikir. Atuk ingin bertanya, adakah cucu terfikir adakah secara kebetulan kelompok ini memiliki semua media..??


Jawapannya tidak sama sekali terutama sekali bila cucu semua menyedari bahawa survival mereka bergantung kepada cucu yang sedang dicuci otaknya dan terjajah. Dapatkah kebebasan berfikir dan masyarakat madani diperintah oleh penindas..?? Tentu sekali tidak. Oleh itu, selain menjajah dengan pendangan dan idea, mereka telah mengatur rapi rancangan jahat bersifat syaitan untuk menyuburkan kerosakan (korupsi) di kalangan masyarakat.

Cucu-cucu atuk semua, masyarakat yang rosak (korup) dan sesat merupakan satu masyarakat yang mudah diperintah. Mengapa perkara ini terjadi...???

Jawapanya mudah...seseorang yang tiada pedoman akam mudah diruntuhkan dengan apa sahaja. Inilah jenis masyarakat yang sedang dibina untuk menyambut kedatangan DAJAL.

Golongan ini (FREEMASON) menggunakan istilah Evolusi "Bintang" dan "IDOLA"(berhala). Hal ini menunjukkan bahawa mereka terlibat dalam usaha menghasilkan masyarakat yang korup melalui industri ini.

Mari atuk tunjukkan kaedah yang digunakan oleh golongan ini untuk menjajah minda cucu semua..


 
 Golongan ini menggunakan bintang artis dalam agenda merosakkan masyarakat.

 
 Mastarakat terutama sekali golongan kanak-kanak terpengaruh dengan keadaan artis yang dilihat.

 Majalah yang berunsur lucah.

 Majalah yang mendedahkan tentang isu SEX melampau.

 Bahan-bahan dari majalah akan dibaca oleh kanak-kanak dan mengaktifkan nafsu mereka untuk mencuba.


hiburan ini "MENARIK" bukan..??

Jika cucu menjawab YA, maknanya cucu telah terperangkap dengan agenda mereka..

Jadi..apakah kesan daripada kaedah jajahan minda yang golongan tersebut lakukan kepada masyarakat..??

ini jawapannya....

 akibat terpengaruh dengan media yang dibawa oleh pihak tersebut, bermulalah aktiviti seperti ini..





 hiburan sehingga melalaikan

 berdua-duaan atas dasar CINTA..dan akhirnya...

 kes khalwat meningkat..

 
bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa

ini merupakan apa yang golongan tersebut mahukan..masyarakat korup..

sudah hilangkah pedoman semua cucu atuk..? atuk doakan cucu atuk sentiasa di landasan yang betul..


Jadi...apakah yang cucu semua dapat daripada siri kali ini..?? atuk dah dedahkan sedikit bagaimana golongan tersebut menjajah minda dan mengawal minda kita sehingga kita semua hanyut mengikut pemikiran mereka ( ZIONIS..LUCIFERIAN (penyembah Iblis)...YAHUDI ASHKENAZI )....

Sekian sahaja dari atuk...semoga cucu semua mendapat sedikit ilmu dari siri kali ini...salam sejahtera kepada semua..

Khamis, 9 Ogos 2012

"The Arrivals" Bahagian 3: Kawalan Minda

Kawalan Minda

Assalamualaikum semua..atuk harap cucu semua dalam keadaan sihat belaka...

Kali ini atuk ingin menceritakan mengenai satu kaedah kawalan minda yang telah berkesan mempengaruhi minda masyarakat malah tidak terlepas juga cucu-cucu atuk sendiri..Atuk tidak memaksa cucu semua mempercayai apa yang atuk ingin sampaikan kepada cucu semua. Atuk cuma inginkan cucu semua berfikir adakah apa yang atuk ceritakan ini benar-benar berlaku dalam kehidupan kita seharian..Biar cucu sendiri yang tentukan jawapannya..

Atuk ingin memulakan tajuk ini dengan satu soalan...apakah cara yang paling cekap dan berkesan untuk mengawal DUNIA..??

Jawapannya ialah dua perkataan sahaja....

Mengawal Minda

"...anda mungkin perasan yang saya tidak menghayati tentang perang tersebut sebagaimana kita diberitahu supaya kita menghayati perang itu dn sebagaimana kita "diarahkan" oleh kerajaan AMERIKA supaya percaya pada perang itu...Anda lihat..Saya beritahu anda...Minda saya tidak bekerja dengan cara itu...Saya ada cara "bodoh" saya sendiri yang saya panggil "BERFIKIR"...Saya bukan warganegara AMERIKA yang baik kerana saya ikut fikiran sendiri...Saya tidak percaya bulat-bulat apa yang diberitahu kepada saya...Sedih sungguh kerana kebanyakan warga Amerika percaya bulat-bulat atas arahan..tidak bagi saya..!! Saya ada peraturan dalam hidup saya. Peraturan pertama saya : Saya tidak percaya apa pun yang kerajaan beritahu saya..TIADA..!! TIDAK LANGSUNG..!! Saya tidak peduli langsung tentang media dan akhbar negara ini yang mana dalam Perang Teluk, mereka menjadi "budak suruhan" kepada Jabatan Pertahanan dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai pegawai perhubungan awam tidak rasmi kerajaan Amerika. Sekarang untuk seimbangkan suasana, saya akan bercakap tentang hal yang boleh MENYATUKAN kita semua. Hal yang menunjukkan persamaan kita kita buka perbezaan kita. Sebab itulah yang sering didengari di negara ini iaitu "PERBEZAAN". Media dan politik sering bercakap tentang perbezaan antara satu sama lain yang dapat memisahkan kita. Inilah cara golongan pemerintah beroprasi dalam masyarakat iaitu dengan cara memecah belahkan masyarakat. Mereka biarkan golongan rendah dan sederhana bergasak sesama sendiri dan mereka dari golongan kaya boleh membolot semua kekayaan...Rancangan yang mudah..!! Sudah banyak kali berjaya..Anda tahu, semua jenis perbezaan yang mereka tekankan seperti KAUM, AGAMA, ETNIK, LATAR BELAKANG, BANGSA, PEKERJAAN, PENDAPATAN, TARAF SOSIAL, JANTINA, dan apa saja yang boleh mereka mainkan sebagai isu akan menjadikan kita bergasak sesama sendiri supaya merekatetap boleh ke bank. Anda tahu bagaimana saya tafsirkan keadaan ekonomi dan sosial negara ini..?? Golongan atasan membolot semua kekayaan, tidak membayar apa cukai...Golongan pertengahan membayar cukai, buat semua kerja...Golongan miskin digunakan untuk menakutkan goglongan pertengahan supaya berterusan membuat kerja mereka dengan bersungguh-sungguh....Ini perkara yang digunakan kepada anda..politik bersembunyi di belakang 3 perkara..BENDERA, KITAB DAN KANAK-KANAK..mengapa kanak-kanak turut terlibat dalam agenda ini..? Hal ini disebabkan kanak-kanak memerlukan pendidikan. Alasan bahawa pendidikan membebalkan merupakan alasan yang tidak pernah dan tidak akan boleh memperbaiki. Tidak akan jadi lebih baik, jangan cari, gembiralah dengan apa yang anda ada...Saya akan dedahkan pemilik sebenar negara ini, golongan besar dan kaya pemilik sebenar, golongan peniaga kaya yang berkepentingan dan mengawal dasar-dasar penting. Lupakan politik, mereka tidak relevan...Politik diletakkan disitu supaya anda merasa yang anda ada kebebasan MEMILIH...anda tidak, anda tiada pilihan..anda ada pemilik dan mereka memiliki anda...mereka memiliki tanah yang luas...memiliki koprat..mereka sudah lama "membeli" senat kongres, mereka memiliki hakim-hakim dibawah telunjuk mereka dan mereka memiliki semua syarikat media..jadi mereka boleh mengawal apa sahaja berita yang anda dengan..mereka memperbodohkan anda..!! Mereka tidak mahu masyarakat kita berfikiran kritikal..mereka tidak mahu bijak pandai yang berfikir kritis..mereka tidak berminat hal itu..itu tidak membantu mereka dan itu berlawan dengan mereka...mereka tidak mahu ada orang bijak pandai yang duduk berfikir betapa teruknya mereka tertipu dengan sistem yang menjerumuskan mereka 30 tahun dulu..mereka tidak mahu semua itu..mereka mahu pekerja yang patuh dan taat..orang yang pandai mengendalikan mesin dan membuat kertas kerja dan begitu bebal menentang beban kerja yang bertambah dengan upah yang sedikit dan masa kerja yang panjang...Mereka sedang memiliki tempat ini...Ia merupakan kelab yang besar dan anda tidak tersenarai didalamnya...

Cucu-cuc atuk sekalian, berikut merupakan kata-kata yang dinyatakan pada tahun 1991, dan sesiapa pun berani akui bahawa Mr Carlin (1973-2008) telah berbicara tentang masa kini. Adakah cucu fahami apa yang diperkatakan oleh beliau..?? Adakah hal ini menggambarkan tentang hal di negara kita sekarang..?? Simpan jawapan itu dalam kotak fikiran cucu-cucu sekalian dan ambil ikhtibar dengannya..

Ini merupakah kata-kata David Icke-Penulis Hal Konspirasi Dunia...atuk harap cucu faham apa yang beliau sampaikan..


"..formula terbaik dalam menjajah ialah bila anda fikir anda bebas....padahal pada asasnya anda telah dimanipulasi dan dijajah...satu bentuk penjajahan ialah anda terpenjara lalu anda dapat melihat dan menyentuh jeriji dan satu lagi bentuk ialah anda tidak dapat melihat jeriji dan anda fikir anda bebas...apa yang diseksa oleh umat manusia ialah PEMUKAUAN BESAR-BESARAN (hipnopsis massa)...kita telah terpukau oleh manusia seperti ini...>>


...pembaca berita, ahli politik, guru, pensyarah...kita berada di negara dan dunia ditadbir oleh orang "gila" dasyat..jurang antara apa yang berlaku dan yang diberitakan adalah sangat besar...ahli PUKAU yang paling besar di dunia ialah berbentuk kotak di sudut kamar..ia berterusan memberitahu apa yang kita patut percaya adalah kenyataan..."

Adakah cucu semua mengerti apa yang dimaksudkan sebagai "ahli pukau" tersebut..?? jawapanya ialah TELEVISION...

Sejarah membuktikan bahawa kawalan dan manipulasi pandangan polotik menjadi senjata utama puak FREEMASON untuk mengawal negara-negara. Setelah mereka dapat mengawal dan menjajah ketua-ketua negara, undang-undang dan struktur politik, mereka akan mengubah kesemua itu mengikut kepentingan agenda mereka. Walau bagaimanapun, mengikat tubuh tidak bermakna mengikat minda. Puak FREEMASON mengetahui bahawa rancangan mereka menuju pemerintahan global sangat bergantung dengan menyerap fikiran masyarakat ke dalam agenda mereka. Dengan cara demikian akan melanyapkan musuh yang cuba memerangi mereka.

Untuk pengatahuan cucu-cucu sekalian, ancaman paling besar bagi mereka melebihi ancaman tentera dan undang-undang ialah ancaman daripada minda yang bebas. Bagi menghapuskan ancaman ini dan mencapai objektif mereka, FREEMASON telah menjalankan rancangan mereka yang paling licik meliputi kawalan menyeluruh ke atas semua aspek kehidupan umat manusia malah hidup cucu-cucu juga...
Senjata yang mereka gunakan terhadap cucu semua ada di rumah cucu sendiri yang menjadi penghibur cucu semua. Ia beransur-ansur menjajah cucu semua tanpa disedari...






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Adakah cucu semua memahami turutan gambar diatas..?? Adakah cucu semua memahami bagaimana "mereka" mengawal minda kita..??

Sekian sahaja dari atuk untuk siri kali ini...InsyaAllah nanti akan atuk sambung  bercerita tentang hal ini lagi.. Salam untuk semua...

Rabu, 8 Ogos 2012

"The Arrivals" Bahagian 2: Bukti Kedatangan Dajal

Bukti Kedatangan Dajal

Assalamualaikum semua cucu atuk..semoga cucu semua sihat dan berbahagia selalu...amin..

Kali ini atuk akan menceritakan tentang Bukti Kedatangan Dajal. Seperti entry sebelum ini, atuk telah menceritakan sedikit sebanyak tentang Asas Kedatangan Dajal. Kali ini mari atuk ceritakan tentang Bukti Kedatangan Dajal sebagaimana yang diceritakan di seperti di dalam video The Arrivals tersebut.

Dalam kitab Injil : Wahyu 13, "Dan ia tinggal berdiri di pantai laut.(13-1) lalu aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh; atas tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan diatas kepalanya tertulis kata-kata penghinaan kepada Tuhan."
"Binatang yang kulihat itu serupa seperti harimau dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Dan naga itu memberi kepadanya kekuatan, dan tahtanya dan kekuasaanya yang besar."
"Dan dia penyebab dari semuanya, baik yang kecil dan yang hebat, kaya dan miskin, bebas dan terikat untuk mendapatkan mereka atau pada dahi dan tidak ada orang yang boleh membeli atau menjual, menyimpan dia yang tanda atau nama binatang atau jumlah namanya."
"Dan disini ada hikmatnya. Biarkan dia yang telah memahami menghitung jumlah binatang, sebab itu adalah sejumlah laki-laki, dan jumlah dia enam ratus dan enam puluh enam."

Cucu-cucu atuk sekalian...The British College of Heraldry telah menggunakan sistem pedoman berumur lebih 500 tahun dan mereka telah merekacipta jata diraja.

Simbol-simbol yang terdapat pada jata British mengungkap asal Bani Israel British

Menurut kitab Injil, simbol Harp Bani Israel Raja David iaitu singa berkitab yang mengaum dan kuda unicorn yang memegang perisai melambangkan bangsa Israel. Motto "Deiu et mon droit" bermaksud "Tuhan dan Hak Saya" dimana ia bermaksud hak suci kerajaan British untuk takhta yang kekal. Atuk ingin bertanya kepada cucu semua, apa yang membuatkan simbol ini benar-benar menarik..??

Mesti cucu semua pening memikirkannya kan? simbol tersebut padat berisi dengan bayangan ayat Injil dan simbol dari Dajal itu sendiri. Sebagai contoh:-
"Hendaklah kamu berjaga-jaga, Iblis seterumu, singa mengaum mencari sesiapa yang dapat dilapahnya" -Peter 5:8 
Keadaan ini dapat dilihat pada jata British yang memaparkan singa yang sedang mengaum yang menandakan sebagai IBLIS.

Kepada cucu-cucu atuk yang disayangi, adakah cucu semua tahu mengapa atuk fikir Dajal sedang muncul..?
Hal ini kerana tanda-tanda landasanya dan kedatangannya ada dimana-mana...

Istana Buckingham, England

Amerika Syarikat

Kanada

Australia
Scotland

Logo-logo pada rokok

Adakah cucu-cucu atuk tahu apa maksud motto rokok MARLBORO ini..?

VENI-VIDI-VICI bermaksud SAYA DATANG-SAYA LIHAT-SAYA TAKLUK..

Sekarang adakah cucu-cucu atuk faham apakah agenda Yahudi dan pro-Yahudi yang telah mereka lakukan pada masa kini dan masa lalu kepada dunia..?? Apakah yang telah mereka (negara-negara yang mempunyai jata negara yahudi) lakukan kepada negara-negara Islam dan dunia..?? Adakah mereka sedang memonopoli dunia..?? Adakah cucu semua tahu kemana duit yang cucu semua laburkan terhadap sesuatu barangan terutama sekali rokok..?? Mesti cucu semua telah mendapat jawapan setelah mengikuti kupasan ini..Alhamdullilah.. =)

Atuk ingin mengupas satu lagi simbol rahsia yang mungkin cucu semua pernah lihat namun cucu snediri tidak memahami mengapa masyarakat kini menggunakannya..
Adakah cucu semua pernah melihat simbol "skull and bones" (Tengkorak dan Tulang)..??
Sebenarnya ia melambangkan satu simbol iaitu "Black Brotherhood" (Persaudaraan Hitam).
Mari atuk tunjukkan apa itu "Black Brotherhood" (Persaudaraan Hitam).

"Black Brotherhood" (Persaudaraan Hitam)

 Kumpulan ini merupakan satu perkumpulan rahsia keluarga seorang yang mungkin cucu semua kenali. Mungkin cucu semua boleh meneka yang mana satu orang yang atuk maksudkan..Jika cucu tidaka dapat meneka siapa orang tersebut, cucu boleh lihat foto dibawah..

Adakah cucu terkejut dengan kenyataan ini..?? Benar,  kumpulan ini merupakan sarang kepada kumpulan rahsia keluarga Bush dan kerabat Amerika yang lain. Terdapat lambang skull and bone di meja tersebut malah terdapat tengkorak manusia di atas meja. Pada ramalan cucu semua, mengapakah perlu adanya tengkorak manusia dalam perkumpulan ini..??

Sekarang atuk nak tanya adakah cucu telah menggunakan simbol tengkorak tersebut dalam kehidupan seharian..?? Kenapa simbol ini diikuti sehingga kini..?

Contoh fesyen "Skull and Bones" pada barangan kemas

Mungkin soalan atuk kali ini agak sukar untuk cucu semua jawab..pada pandangan cucu semua, siapakah yang mengawal ekonomi dan industri kita..??

Sekarang adakah cucu semua tahu kita dimana dan apakah hubungan bentuk piramid..?

Sekarang apa yang cucu semua dapat kawal ialah kemana cucu semua belanjakan wang cucu semua, atau lebih tepat lagi, siapakah yang cucu semua biayai...sebagai contoh STARBUCK COFFEE..

Adakah cucu semua tahu bahawa Starbuck adalah salah satu penyokong terbesar Israel. "Penghargaan 50 tahun rakan zioni Israel" telah dianugerahkan kepada Howard Schultz kerana menjadi penyokong terbesar Israel.

Adakah cucu semua faham maksud logo dan makna disebalik logo Starbucks..?

STARBUCKS atau "BUCKS" (DUIT) + "STAR" (LAMBANG ISRAEL)

Kita hidup dalam Zionis...pemimpin Zionis...berkerja untuk agenda zionis (protokol ZION).


Pesan atuk kepada cucu-cucu atuk semua..berhati-hatilah ketika berbelanja...dan apa yang cucu semua biayai...


Wahai cucu-cucu atuk sekalian...berhati-hatilah cucu semua dalam hidup seharian...untuk maklumat lanjut dan bukti kedatangan Dajal, lawatlah lagi ke blog atuk untuk siri seterusnya..salam semua..

"The Arrivals" Bahagian 1: Asas Kedatangan Dajal



Asas Kedatangan Dajal

Assalamualaikum cucu-cucu atuk sekalian..atuk doakan cucu atuk semua sihat sejahtera hendaknya.

Kali ini atuk akan menceritakan tentang asas kedatangan Dajal menurut bukti dari kitab suci Al-Quran.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

"Iblis berkata: wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya"
   -Surah Al-Hijr : 39-
"kecuali hamba-hamba yang Engkau beri petunjuk di antara mereka"
   -Surah Al-Hijr : 40-

Sejak bermulanya ikrar Iblis tersebut, maka permusuhan iblis dengan manusia pun tercetuslah sejak hari itu...
Adakah cucu atuk semua tahu berapa ramai umat manusia yang telah disucikan dengan belas kasih daripada Allah..dan berapa ramaikah pula umat yang menghambakan hidupnya untuk melayani rancangan jahat Iblis..?

Untuk cucu-cucu atuk semua, sila fahamkan ayat ini...

"Mereka membelakangkan kitab Allah dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman..."
"Padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada kedua malaikat Harut dan Marut di negeri Babil (Babylon)..."
"Sedangkan mereka berdua tidak mengajarkan seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata : Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk ujian imanmu), oleh itu janganlah kamu menjadi kafir (dengan mempelajarinya)..."
"Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan seorang isterinya..."
 "Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.."
"dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.."
"Demi sesungguhnya amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir kalau mereka mengetahuinya..."
   -Surah Al-Baqarah : 102-

Jadi cucu atuk sekalian, apa yang tersirat di sebalik ayat ini..?

Mari atuk ceritakan satu kisah menarik untuk cucu-cucu atuk semau...
20 tahun setelah Jurussalem ditakluk, 'Dome of the Rock' telah dirampas oleh sekelompok pahlawan rahib yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Satria Kuil Sulaiman' atau dikenali sebagai 'Satria Kuil' (Knight Templar). Di Jerussalem, para Satria Kuil mulai menyimpang jauh dari agama mereka.


Mereka belajar seni rahsia Kabalah, sejenis kepercayaan Yahudi kuno dalam bentuk sihir berserta ilmu hitam dan upacara ritualnya (penyembahan). Orang Yahudi telah mempelajari ilmu ini dari berhala Mesir kuno semasa zaman perhambaan Firaun dan dikembangkan oleh mereka di Babylon pada pemerintahan Nebukadnezar.

Kabbalah

Nebukadnezar.


Cucu-cucu atuk sekalian, pada tahun 1370, Raja Philip dari Perancis telah menangkap mereka kerana menolak agama (antichrist), homoseksual, penyembahan berhala dan mempraktikan ilmu sihir. Walaupun golongan ini telah ditangkap, hal tersebut tidak berhenti di situ sahaja. Untuk pengetahuan cucu-cucu atuk sekalian, amalan yang mereka amalkan di Babylon dan Mesir Kuno masih diamalkan sehingga kini..


"apa yang menjadi taruhan, lebih daripada sebuah negara kecil...ianya satu gagasan besar...ORDER BARU DUNIA!! (NEW WORLD ORDER)"

Sebenarnya cucu-cucu atuk sekalian, "mereka" telah melakukannya selama berabad-abad. Melalui gagasan tersebut, "mereka" telah menggerakkan secara terselindung setiap peperangan besar, revolusi dan krisis ekonomi. "Mereka" mengawal segala yang cucu semua baca, yang cucu semua dengan dan yang cucu lihat.
"Mereka" telah berjaya menjajah minda masyarakat duni dengan cara pemikiran "mereka".
"Mereka" menyusup masuk dan memiliki kedudukan penting dalam kerajaan dan melalui disebalik tabir, mereka telah menjalankan order politik baru, orde ekonomi baru dan yang paling menyeramkan ialah menjalankan AGAMA BARU.

Tarikh pelancaran New World Order

Wahai cucu-cucu atuk yang atuk sayangi..bukti landasan mereka untuk membina dunia baru adalah untuk menyambut kedatangan Dajal semuanya berada di sekitar cucu semua. Mesti cucu semua terkejut mendengar apa yang atuk cakapkan ini kn..?

Siri seterusnya akan atuk ceritakan bukti-buktinya kepada cucu semua..nantikan siri akan datang di blog atuk..InsyaAllah...

Salam Ramadhan untuk semua...


"The Arrivals" Bahagian 0 : Satu Kedatangan

Assalamualaikum cucu-cucu atuk yang atuk sayangi..

Harini atuk nak kongsi sedikit sebanyak tentang ketibaan Dajal dan kemunculan beberapa gerakan perkumpulan yang bergiat aktif untuk menyambut ketibaan Dajal.
Dalam entry ini, atuk akan kongsikan tentang beberapa perkara baru yang mungkin kita semua tidak tahu. Disebabkan video pendek yang bertajuk "The Arrivals" yang atuk tonton, atuk tertarik untuk menterjemahkan  video tersebut kepada penulisan supaya cucu atuk semua dapat beberapa maklumat yang jarang-jarang kita peroleh tentang Dajal serta kumpulan yang telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Dajal pada akhir zaman nanti.



Atuk tidak memaksa cucu-cucu semua mempercayai kesemua yang atuk tulis ini adalah benar kerana kebenaran itu semua adalah milik Allah. Atuk cuma mahukan cucu semua berfikir tentang apa yang atuk ingin sampaikan. The Arrivals mempunyai 50 siri dimana atuk akan cuba menghuraikan kesemua episod dalam bentuk penulisan. Atuk harap cucu atuk semua akan mendapat maklumat yang berguna melalui siri ini.


Untuk siri ini, atuk akan memperkenalkan dua orang anak muda iaitu Noreagaa dan Archanahr serta beberapa anak muda yang lain yang menjadi penggerak kepada video ini. Kisah yang dihasilkan oleh mereka telah menjadi kontroversi sehingga mereka telah menerima ugutan bunuh di internet. Terdapat juga warga Amerika yang memeluk agama Islam setelah menonton video tersebut. Atuk harap, siri ini dapat merubah pandangan cucu semua terhadap dunia.

"dunia sedang berubah..aku dapat rasakannya di air...aku dapat rasakannya di daratan..aku dapat menghidunya di udara..."

Siri ini akan menyiasat kedatangan Dajal, Imam Al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S..

"sesungguhnya tiada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling dasyat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajal.."
"setiap Nabi yang diutus oleh llah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajal..."
"tapi aku akan terangkan kepada kamu sesuatu yang belum pernah diterangkan oleh Nabi-nabi sebelumku.."
"...kamu patut tahu bahawa Dajal itu cacat sebelah matanya (bermata satu).."
"...sedangkan Allah SWT tidak cacat."
          -hadis sahaih Bukhari, sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW-



Untuk pengetahuan cucu-cucu atuk, kehadiran Dajal sememangnya telah dijangka oleh semua bangsa. Kehadiran Dajal ke dunia telah menyebabkan manusia gentar untuk menghadapinya. walau bagaimanapun, pamai pula yang telah bersedia menanti ketibaannya selama beribu tahun. Kehadiran Dajal disambut dengan hamparan permaidani berpetak hitam putih

 gambar di atas dan bawah menunjukkan permaidani petak hitam putih di tempat pemujaan Dajal (Freemason)


Adakah cucu-cucu atuk tahu apakah tanda-tanda hampirnya kedatangan Dajal ke muka bumi.? Sebenarnya, sejak bermulanya tamadun dunia, asas untuk pemujaan Dajal telah bermula.

di Babylon (Tamadun Iraq Kuno)

Tamadun Mesir Purba

Tamadun Maya (Peru Purba)

dan kini...

artis barat..

Antichrist

Antichrist

Berikut merupakan beberapa gambar atau simbol kepada gerakkan perkumpulan pemujaan Dajal. Adakah cucu semua perasan bahawa terdapat persimbolan gerakkan ini di sekeliling cucu semua? Nantikan siri pertama yang akan membincangkan tentang asas kemunculan Dajal dan Kumpulan Pemuja Dajal (Freemason) dalam entry akan datang. Salam bahagian untuk cucu-cucu atuk semua. =)