Rabu, 8 Ogos 2012

"The Arrivals" Bahagian 0 : Satu Kedatangan

Assalamualaikum cucu-cucu atuk yang atuk sayangi..

Harini atuk nak kongsi sedikit sebanyak tentang ketibaan Dajal dan kemunculan beberapa gerakan perkumpulan yang bergiat aktif untuk menyambut ketibaan Dajal.
Dalam entry ini, atuk akan kongsikan tentang beberapa perkara baru yang mungkin kita semua tidak tahu. Disebabkan video pendek yang bertajuk "The Arrivals" yang atuk tonton, atuk tertarik untuk menterjemahkan  video tersebut kepada penulisan supaya cucu atuk semua dapat beberapa maklumat yang jarang-jarang kita peroleh tentang Dajal serta kumpulan yang telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Dajal pada akhir zaman nanti.



Atuk tidak memaksa cucu-cucu semua mempercayai kesemua yang atuk tulis ini adalah benar kerana kebenaran itu semua adalah milik Allah. Atuk cuma mahukan cucu semua berfikir tentang apa yang atuk ingin sampaikan. The Arrivals mempunyai 50 siri dimana atuk akan cuba menghuraikan kesemua episod dalam bentuk penulisan. Atuk harap cucu atuk semua akan mendapat maklumat yang berguna melalui siri ini.


Untuk siri ini, atuk akan memperkenalkan dua orang anak muda iaitu Noreagaa dan Archanahr serta beberapa anak muda yang lain yang menjadi penggerak kepada video ini. Kisah yang dihasilkan oleh mereka telah menjadi kontroversi sehingga mereka telah menerima ugutan bunuh di internet. Terdapat juga warga Amerika yang memeluk agama Islam setelah menonton video tersebut. Atuk harap, siri ini dapat merubah pandangan cucu semua terhadap dunia.

"dunia sedang berubah..aku dapat rasakannya di air...aku dapat rasakannya di daratan..aku dapat menghidunya di udara..."

Siri ini akan menyiasat kedatangan Dajal, Imam Al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S..

"sesungguhnya tiada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling dasyat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajal.."
"setiap Nabi yang diutus oleh llah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajal..."
"tapi aku akan terangkan kepada kamu sesuatu yang belum pernah diterangkan oleh Nabi-nabi sebelumku.."
"...kamu patut tahu bahawa Dajal itu cacat sebelah matanya (bermata satu).."
"...sedangkan Allah SWT tidak cacat."
          -hadis sahaih Bukhari, sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW-



Untuk pengetahuan cucu-cucu atuk, kehadiran Dajal sememangnya telah dijangka oleh semua bangsa. Kehadiran Dajal ke dunia telah menyebabkan manusia gentar untuk menghadapinya. walau bagaimanapun, pamai pula yang telah bersedia menanti ketibaannya selama beribu tahun. Kehadiran Dajal disambut dengan hamparan permaidani berpetak hitam putih

 gambar di atas dan bawah menunjukkan permaidani petak hitam putih di tempat pemujaan Dajal (Freemason)


Adakah cucu-cucu atuk tahu apakah tanda-tanda hampirnya kedatangan Dajal ke muka bumi.? Sebenarnya, sejak bermulanya tamadun dunia, asas untuk pemujaan Dajal telah bermula.

di Babylon (Tamadun Iraq Kuno)

Tamadun Mesir Purba

Tamadun Maya (Peru Purba)

dan kini...

artis barat..

Antichrist

Antichrist

Berikut merupakan beberapa gambar atau simbol kepada gerakkan perkumpulan pemujaan Dajal. Adakah cucu semua perasan bahawa terdapat persimbolan gerakkan ini di sekeliling cucu semua? Nantikan siri pertama yang akan membincangkan tentang asas kemunculan Dajal dan Kumpulan Pemuja Dajal (Freemason) dalam entry akan datang. Salam bahagian untuk cucu-cucu atuk semua. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan